Piagam Pelanggan

 Piagam Pelanggan


1. Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan.

2. Maklumbalas permohonan projek-projek pertanian / latihan pertanian akan diberi dalam tempoh 1 minggu dari tarikh terima permohonan.

3. Mengurus dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Jabatan Pertanian dalam jangkamasa yang ditetapkan mengikut saluran berkaitan :
  i. Surat Kepada Pengarang (SKP) : 24 - 72 jam bekerja.
  ii. Sistem aduan online/emel/ blog : 14 hari bekerja.
  iii. SMS/ Telefon/Surat/ Faks/Datang Sendiri : 14 hari bekerja.
  iv. Biro Pengaduan Awam (BPA) : 5 hari bekerja.
  v. PEMUDAH/ Portal MyGovt : 3 hari bekerja.
  vi. Siasatan lanjut (semua saluran) : Tidak melebihi 30 hari.

4. Khidmat analisis makmal, analisis kesesuaian tanah dan kepakaran diagnostik tanaman bergantung kepada jenis analisis dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
  i. Analisis tanah dalam tempoh 9 minggu.
  ii. Analisis daun dalam tempoh 5 minggu.
  iii. Analisis baja dalam tempoh 7 minggu.
  iv. Analisis air dalam tempoh 3 minggu.
  v. Analisis hasil pertanian dalam tempoh 7 minggu.
  vi. Pengeluaran data geospatial, peta tanah, peta guna tanah dan peta terbitan dalam tempoh 2 minggu.
  vii. Pengeluaran Laporan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap termasuk pembayaran fi.
  viii. Analisis residu racun perosak bagi satu sampel hasil pertanian untuk tujuan eksport dalam tempoh 2 minggu.
  ix. Diagnostik ladang bagi perosak tanaman dalam tempoh 1 minggu.
  x. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman dalam tempoh 2 minggu.
  xi. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman yang memerlukan pengkulturan dalam tempoh 1 bulan.

5. Khidmat Regulatori
  A) Akta Kuarantin Tumbuhan 1976: Keputusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan:
  i) Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanih dan organisma berfaedah dalam tempoh 5 hari.
  ii) Permit import bagi baja organik dan mikroorganisma dalam tempoh 6 bulan.
  iii) Sijil Fitosanitasi dan Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.

0 comments:

Post a Comment